 |
| Gambaran Dari Bahagia Hadapan |
"Sultan Johor Pandu Tren Terakhir Dari Tanjong Pagar"
SINGAPURA: Setelah lebih 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di tanah besar Semenanjung dengan Singapura, akhirnya perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Tanjong Pagar di sini melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya.
Sebaik sahaja tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di landasan untuk dijadikan kenangan.
Ramai juga di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB (KTMB) di stesen itu.
Tepat pukul 12 tengah malam tadi, stesen yang telah beroperasi selama 80 tahun memberikan perkhidmatan menghubungkan Malaysia dan Singapura sejak 1932 itu menghentikan operasinya dari stesen itu secara total.
Bermula Jumaat perkhidmatan KTMB dari Singapura akan beroperasi dari stesen keretapi Woodlands.
Terdahulu, Sultan Johor yang diiringi putera baginda Tengku Temenggong, Tengku Idris serta puteri Tengku Amina tiba di stesen itu pada pukul 10.20 malam seterusnya dibawa meninjau persekitaran stesen berkenaan oleh pegawai kanan KTMB yang bertugas.
Keberangkatan rombongan diraja itu disambut meriah oleh ribuan pengunjung serta para media sama ada tempatan mahupun antarabangsa yang begitu teruja menunggu sejak lewat petang bagi merakamkan detik bersejarah perjalanan terakhir tren itu
(Artikel dari mStar)
Tanggal 18.06.2011, saya dan beberapa orang rakan menyusuri sejarah Tanjong Pagar. Perjalanan kami bermula dari perancangan yang tidak kami fikirkan untuk merealisasikan dek kekangan waktu siang dan malam. Namun kami nekad, Senandung Timuran telah membawa kami berlima munyusuri sejarah ini. Kegembiraan terlakar diwajah kami kerana ianya suatu pengalaman pertama sesetengah kami menaiki keretapi KTMB, namun disepanjang perjalanan kami ke Stesen Tanjong Pagar terasa hiba hinggap dijiwa..sesekali terasa pilu dihati bila kami melihat sendiri rupa bentuk stesen ini. Seolah hati ingin memberontak mahu menghalang pengambilan atau lebih senang pemilikan sepenuhnya. Apakan daya, berat hati yang memandang namun berat lagi hati pekerja-pekerja KTMB yang telah berkhidmat sepenuh keringat mereka dibumi asing bagi melancarkan pejalanan si perantau siang dan malam melalui kota metropolis mahupun hutan belukar.
Tepat jam 12.30pm kami selamat tiba, gelagat kami sesekali diperhatikan oleh mata2 pekerja KTMB yang hanya mampu melihat dan membiarkan kami disaat2 akhir sebelum ianya menjadi milik asing buat selamanya. Negaraku Malaysia kehilangan begitu besar asset dibumi asing ini. Dihati terlintas apakah yang akan dilakukan selepas ini...mahu dirobohkan..mahu dibaikpulih..mahu dikekalkan..ah ini bukan urusan kita selepas 01.Julai.2011 lantaklah mereka mahu bikin apa..Tidak, sesekali tidak terfikir difikiran untuk meluahkan kata-kata ini...Hanya fikiran manifesto sesetengah pihak yang langsung tidak memikirkan kepentingan Tanjong Pagar ini terutamanya buat bakal-bakal pewaris Tanah Air Ku tercinta. Kasian kalian sama sekali tidak akan dapat merasai pengalaman ini..pengalaman kehilangan sesuatu harta Negara di bumi asing. Secara peribadi, airmata saya mengalir dengan sendiri bila membaca artikel diatas.
Hanya kenangan dan doa, agar sejarah Negara kekal disana. Dijauhi dari sebarang kemusnahan disetiap ukiran didinding mahupun reka bentuk yang begitu unik.
 |
| Tiket Kami |
|
|
 |
| Ketapi Kami ;) |
 |
| Tanjong Pagar - Singapura aka Temasik |
 |
| Landasan Di Tanjong Pagar |
 |
| Stesen Tanjong Pagar |
 |
| A pushcart - selalu digunakan untuk membaiki / memeriksa keadaan trackdari masa ke semasa |
 |
| A hydraulic buffer - untuk menghalang train dari melanggar bangunan |
 |
| Terkenal dgn Nasi Briyani |
 |
| Perdagangan |
 |
| Getah |
 |
| Sawah Padi |
|
| Perkampungan |
 |
| Pertanian |
 |
| Perlombongan |
 |
| Kaunter tiket |
 |
| Dari luar |
 |
| Dari tepi |
That all....sekian...bye2 Tanjong Pagar...we gonna miss u much...love.
0 comments:
Post a Comment